KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tewas 0-2 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju hari ini.Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi Bruno Mota yang berjaya menyudahkan peluang untuk meletakkan Jeonbuk di hadapan.Jeonbuk mengukuhkan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Italo untuk mendahului 2-0.Ketinggalan dua gol, JDT cuba bangkit sebaik permainan bersambung pada babak kedua, namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.Jeonbuk mempertahankan kelebihan dua gol itu hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan JDT mengalami kekalahan pertama dalam kempen saingan kelab utama Asia itu.Keputusan berkenaan menyaksikan JDT kini menduduki tangga ketujuh liga dengan tujuh mata selepas empat perlawanan. - Bernama
ACLE: JDT alami kekalahan pertama di tangan Jeonbuk

Key takeaways
Johor Darul Ta'zim kalah 0-2 daripada Jeonbuk Hyundai Motors FC dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit.
- JDT mengalami kekalahan pertama dalam kempen ACLE.
- Jeonbuk membuka keunggulan melalui gol Bruno Mota pada minit ke-22.
- Italo menjaringkan gol penalti untuk memastikan kemenangan 2-0 Jeonbuk.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Jeonbuk beri JDT kekalahan pertama
- Sinar Harian ACLE: JDT alami kekalahan pertama di tangan Jeonbuk (this story)








