Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengalami kekalahan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tumpas 0-2 kepada Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi.

Skuad Harimau Selatan mempamerkan persembahan meyakinkan pada awal permainan apabila banyak mencipta peluang untuk menghasilkan jaringan.

Pemain JDT, Nacho Mendez terlebih dahulu menguji kubu pasukan tuan rumah menerusi rembatan deras pada minit ke-14, namun diselamatkan penjaga gol tuan rumah, Song Bum-Keun.

Meskipun perlawanan tampak seimbang selepas itu, Jeonbuk terlebih dahulu berjaya berada di depan hasil tandukan Bruno Mota pada minit ke-22.