JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menahan tiga individu kerana didakwa mencuri dengar telefon Presiden Prabowo Subianto, kata polis pada Selasa, dengan laporan media menyatakan salah seorang suspek mungkin seorang pegawai kanan.

Prabowo, yang memegang jawatan pada 2024, berdepan tekanan yang semakin meningkat berhubung pengendalian ekonomi oleh kerajaan dan kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan di kepulauan Asia Tenggara itu.

Pegawai kanan penyiasat, Asep Safrudin hanya mengenal pasti suspek menggunakan huruf awal nama mereka, LSP, ASN dan EH dan berkata, mereka disiasat kerana didakwa mencuri dengar telefon Presiden Republik Indonesia serta beberapa tokoh penting lain.

Mangsa lain yang didakwa turut menjadi sasaran termasuk pegawai kerajaan dan ahli politik, wartawan, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta ahli perniagaan.