Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata rakyat akan hilang kepercayaan kepada polis sekiranya mereka terbabit dengan jenayah.PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menggesa Ketua Polis Negara, Khalid Ismail dan Peguam Negara, Dusuki Mokhtar mendedahkan berapa daripada 2,097 pegawai dan anggota polis yang ditangkap atas pelbagai kesalahan dari 2021 hingga Ogos tahun ini yang telah didakwa, disabitkan kesalahan atau dibuang kerja.
Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada Lim pada Selasa, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan seramai 1,551 daripada pegawai dan anggota polis yang ditahan itu atas kesalahan berkaitan dadah.
Seramai 64 lagi ditahan berkait kes rompakan, manakala 482 ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).








