HANG TUAH JAYA – Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Jason Tze Xi Nathan menawarkan kaunter bergerak 'Jumpa Jason' bagi memudahkan urusan rakyat.Pemuda berusia 31 tahun itu berkata, inisiatif itu merupakan tiga janji dalam manifesto peribadinya dalam melancarkan perkhidmatan kepada masyarakat di kawasan itu."Saya mahu menjadi wakil rakyat yang mudah ditemui dan kaunter bergerak diletakkan di kawasan tumpuan seperti pasar malam dan rakyat tanpa perlu bergerak jauh untuk sampaikan aduan atau menawarkan khidmat guaman percuma."Itu janji saya turun padang setiap minggu kerana tekad saya mahu menjadi wakil rakyat yang duduk bersama rakyat di lapangan bukan duduk di pejabat," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Selasa.Bagi tawaran kedua, Jason berjanji akan memberi tumpuan kepada kemudahan awam menerusi konsep jalan elok, lampu terang dan taman selamat.Beliau yang juga peguam berkata, DUN Pengkalan Batu mempunyai banyak kawasan perumahan yang memerlukan pelan penyelenggaraan serta naik taraf secara terancang, termasuk kemudahan mesra warga emas dan golongan rentan."Hasil turun padang mendapati sebuah pangsapuri yang majoritinya didiami warga emas tidak diselenggara dengan baik dan berisiko menyebabkan mereka terjatuh."Sekiranya dipilih, saya mahu menyediakan pelan tindakan bagi mengenal pasti masalah serta memastikan penyelesaian dilaksanakan."Sebagai wakil rakyat, saya perlu bertanggungjawab kepada penduduk dan memastikan setiap isu ditangani sebaik mungkin," katanya lagi.Sementara itu, Jason berkata, tawaran ketiga ialah mewujudkan dana komuniti bagi membantu persatuan penduduk dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan aktiviti kemasyarakatan.Beliau berkata, dana itu dicadangkan bagi menyokong program berskala kecil seperti futsal, senamrobik dan aktiviti kemasyarakatan yang mampu mengeratkan hubungan penduduk pelbagai peringkat umur."Saya mahu mendapatkan sokongan kementerian dan sektor swasta untuk mewujudkan dana itu, dengan peruntukan sehingga RM3,000 bagi setiap program berdasarkan aktiviti yang dianjurkan."Kita tidak mahu hanya acara besar, sebaliknya aktiviti kecil di peringkat komuniti juga perlu diberikan sokongan," katanya.Jelas beliau lagi, Melaka mempunyai potensi besar untuk menarik golongan muda, terutama dengan kos sara hidup yang lebih rendah, namun keadaan itu perlu diseimbangkan dengan penawaran gaji yang setimpal.DUN Pengkalan Batu menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara Siti Aisyah Mahmood dari Barisan Nasional (BN), Goh Han Koon dari Parti Bersama Malaysia (Bersama), Jason (PH) dan Norhizam (Bersatu).Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari pengundian PRN Melaka manakala pengundian awal pada 10 November.
'Jumpa Jason' antara tiga janji ditawarkan calon muda PH

Key takeaways
Calon PH, Jason Tze Xi Nathan menawarkan 'Jumpa Jason' untuk bantu rakyat di Pengkalan Batu.
- Inisiatif 'Jumpa Jason' memudahkan rakyat sampaikan aduan dan dapat khidmat guaman percuma.
- Jason berjanji perbaiki kemudahan awam seperti jalan, lampu dan taman selamat.
- Beliau akan laksanakan pelan tindakan untuk selenggara kawasan perumahan dan warga emas.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ustaz Wadi Anuar antara lima cedera nahas tiga kenderaan
- Utusan Malaysia Ambil upah simbah cat, dua pelajar kolej antara tiga ditahan
- Sinar Harian 'Jumpa Jason' antara tiga janji ditawarkan calon muda PH (this story)








