SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat sebuah premis penyembelihan ayam di Kampung Sri Aman Puchong selepas disyaki menjalankan aktiviti penyembelihan tidak mengikut hukum syarak.Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, seramai 12 individu dipercayai pekerja warga Bangladesh dan Pakistan berada di premis ketika serbuan dilakukan.Menurutnya, siasatan awal mendapati pekerja terbabit dipercayai melakukan penyembelihan ayam selepas haiwan itu mati akibat proses renjatan air menggunakan arus elektrik melebihi kadar voltan dibenarkan."Premis itu juga tidak mempunyai pekerja warga tempatan selain tidak mempamerkan sebarang papan tanda atau maklumat perniagaan serta nama syarikat yang menjalankan operasi di situ."Ketika ini, JAIS sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada Pejabat Daerah dan Tanah berhubung pemilik sebenar premis serta syarikat yang berdaftar menggunakan alamat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Serbuan itu dilakukan hasil risikan dan pemantauan pasukan penguatkuasaan khas halal JAIS dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan Jabatan Alam Sekitar pada 30 Oktober lalu.Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya belum dapat mendedahkan individu atau syarikat terbabit sehingga maklumat sahih diperoleh.Mohd Shahzihan berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Perenggan 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Seksyen 121F Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.Sehubungan itu, JAIS meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberikan kerjasama kepada pihaknya atau PDRM.Dalam masa sama, beliau mengingatkan penyedia makanan bermasak, pemilik restoran dan masyarakat Islam supaya mendapatkan bekalan ayam daripada pembekal yang memiliki pensijilan halal serta tauliah penyembelihan halal mengikut undang-undang berkuat kuasa.
JAIS siasat premis sembelihan ayam tak ikut hukum syarak

Key takeaways
JAIS menyiasat premis penyembelihan ayam di Puchong yang didakwa tidak mematuhi hukum syarak, dengan pekerja Bangladesh dan Pakistan terlibat. Siasatan masih berlangsung dan maklumat pemilik belum didedahkan.
- Premis tidak mempamerkan nama syarikat atau papan tanda perniagaan.
- Pekerja dipercayai melakukan penyembelihan selepas haiwan mati akibat proses renjatan air elektrik berlebihan.
- Siasatan dijalankan mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Seksyen 121F Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2003.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Pusat sembelihan ayam perlu dipantau ketat - PPIM
- Sinar Harian JAIS siasat premis sembelihan ayam tak ikut hukum syarak (this story)








