SHAH ALAM – Dalang sebenar operasi penyembelihan ayam yang disyaki tidak mengikut hukum syarak di sebuah premis di Puchong masih menjadi tanda tanya apabila apabila kegiatan itu dipercayai membabitkan lebih daripada satu syarikat atau entiti.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar premis serta syarikat yang menjalankan operasi berkenaan.
Menurut beliau, semakan awal mendapati premis di Kampung Sri Aman Hilir itu tidak mempamerkan sebarang papan tanda atau maklumat perniagaan yang boleh mengenal pasti entiti pengendalinya.
“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada individu yang ditangkap dalam kes tersebut, operasi di premis itu didakwa dijalankan oleh lebih daripada satu syarikat atau entiti.









