KUALA LUMPUR: Seramai 1,832 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan KPM) masih belum disahkan dalam perkhidmatan berikutan belum memenuhi satu atau lebih syarat yang ditetapkan sehingga 30 September lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata faktor utama kelewatan berkenaan membabitkan seramai 1,799 guru yang tidak lulus peperiksaan ditetapkan, khususnya elemen kefahaman dalam penilaian Program Transformasi Minda (PTM).

Beliau berkata, terdapat punca lain yang turut menyumbang kepada masalah berkenaan termasuk isu perlanjutan tempoh percubaan.

​"Antaranya membabitkan 29 PPP yang dikenakan perlanjutan tempoh percubaan tanpa denda, tiga PPP dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda dan seorang PPP dibekukan tempoh percubaannya.