JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia menunjukkan sebuah kereta api terpaksa berhenti secara mengejut selepas laluannya terhalang oleh khemah sebuah majlis perkahwinan.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan kereta api yang sedang bergerak itu tiba-tiba berhenti.

Ia terpaksa berhenti apabila laluan kereta api berkenaan ditutup dengan khemah dihiasi kain berwarna putih dan biru.

Khemah tersebut didirikan di hadapan rumah seorang penduduk tempatan, dipercayai tengah-tengah landasan kereta api.