Kuala Lumpur: Ibu kepada pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin berkongsi ucapan tahniah kepada anak tersayang.

Dr Fie, 36, selamat bernikah sekali gus naik pelamin kali kedua dengan lelaki pilihannya dikenali, Kapten Amrul Nizar Anuar dengan sekali lafaz pada jam 10 pagi ini.

Terdahulu, Dr Zailah didapati memuatnaik video Dr Fie yang tampil menggayakan busana berwarna merah jambu pada acara malam berinai yang turut diiringi tiga cahaya mata.

"Alhamdulillah... congrats dear daughter (Tahniah anak perempuanku sayang)," tulisnya ringkas berserta emoji hati berwarna merah.