Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan rancangan asal ditetapkan untuk mengadakan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 November ini disusuli dengan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada keesokannya.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata, setakat ini persiapan mengenai perkara itu sedang berjalan lancar, malah usaha untuk mendapatkan perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sedang dilakukan.
"Insya-Allah..kalau Tuhan izinkan Insya-Allah (mendapat perkenan Tuanku)," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenainya ketika ditemui selepas melancarkan Kick-Off Pembangunan Sistem e-Tanah Negeri Sembilan, di sini, hari ini.






