HANG TUAH JAYA - Kerjasama politik antara Pas dan UMNO dijangka diperluaskan dan melibatkan Kelantan serta Terengganu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang juga tidak menolak kemungkinan potensi itu diteruskan di peringkat Persekutuan."Insya-ALLAH, ada kerjasama. Kerjasama," katanya ketika ditanya mengenai kemungkinan kerjasama Pas dan UMNO diperluaskan ke Kelantan dan Terengganu selepas PRN Melaka.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil di Dewan Tun Ali di sini pada Sabtu.Ditanya mengenai kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, beliau menjelaskan bahawa segala urusan berkaitan pembahagian tugas serta penyelarasan jentera pilihan raya berjaya diselesaikan dengan baik.Jelasnya, Pas dan Barisan Nasional (BN) kini menumpukan usaha memastikan kerjasama yang dibentuk mampu diterjemahkan kepada kemenangan."Apa yang penting ialah kerjasama kami memberi kemenangan. Kita selesai semua masalah."Kerjasama dapat diselesaikan dengan baik dan pembahagian jentera dapat dilakukan dengan sistematik. Dua belah pihak yang turun membantu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: PRN Melaka: Proses penamaan calon bermula hari iniPRN Melaka: Calon PH disambut tarian singa, PN gegar dengan laungan takbirPRN Melaka: Penyokong PN, PH bersahutan dengan laungan takbir dan ‘hidup rakyat’PRN Melaka: Ab Rauf diiringi Ahmad Zahid ke pusat penamaan calon DUN Tanjung BidaraPRN Melaka: Nie Ching iringi calon PH DUN Bandar HilirPRN Melaka: Tiga calon rebut kerusi Paya RumputBeliau turut menjangkakan hubungan kedua-dua gabungan berkenaan akan menjadi lebih baik berdasarkan pengalaman kerjasama sebelum ini."Insya-ALLAH, akan diteruskan dan kita jangkakan bahawa kerjasama lebih baik setelah kita menerima pengalaman di Johor, Negeri Sembilan dan hari ini yang ketiga di Melaka."Insya-ALLAH, peringkat Persekutuan dan seterusnya," katanya.Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kerjasama jentera BN dan PN dalam PRN Melaka kali ini dilihat lebih tersusun dan kemas berbanding PRN Negeri Sembilan.Menurutnya, kedua-dua gabungan kini fokus dalam memastikan kemenangan berpihak kepada mereka."Alhamdulillah kita meneruskan kesinambungan kerjasama dan muafakat daripada Negeri Sembilan ke Melaka dan Insya-ALLAH ke Putrajaya."Apa yang paling penting permuafakatan ini mesti berteraskan keikhlasan dan saling percaya kerana manfaatnya bukan untuk parti sahaja tapi untuk rakyat, kemakmuran negeri dan negara."Kali ini lebih tersusun kerana kita telah sepakat bekerjasama dengan lebih kemas, manifesto, gerak kerja bersama."Hasil pemantauan yang dilakukan, kedua-dua gabungan bekerjasama dengan baik semasa proses penamaan di semua DUN," jelasnya.