SITIAWAN - Polis berjaya menumpaskan sindiket yang disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Perak dan Kuala Lumpur tiga individu ditahan di Kampung Koh di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, penahanan itu dilakukan hasil maklumat dan risikan susulan laporan kehilangan sebuah Toyota Hilux di Taman Mas 2, Sitiawan pada 26 Oktober lalu.Menurutnya, laporan berhubung kehilangan kenderaan itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 10.06 pagi pada hari berkenaan."Susulan laporan itu sepasukan polis dari IPD Manjung berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita yang disyaki terbabit dalam kejadian berkenaan pada 27 Oktober kira-kira jam 5.30 petang."Polis turut merampas sebuah alat pembaca kunci kereta yang dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kenderaan serta beberapa barangan lain," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Hasbullah berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terbabit dalam lapan kes kecurian kenderaan menggunakan modus operandi sama dengan menyasarkan kenderaan pacuan empat roda.Beliau berkata, daripada jumlah itu empat kes dilaporkan berlaku di Perak manakala empat lagi di Kuala Lumpur."Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan."Ketiga-tiga suspek direman selama enam hari bermula 28 Oktober hingga 2 November ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil ke IPD Manjung atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222.Katanya, maklumat juga boleh disalurkan menerusi WhatsApp Hotline di talian 017-682 8005 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sindiket curi 4X4 tumpas, dua wanita ditahan

Key takeaways
Polis menumpas sindiket mencuri 4X4 di Perak dan Kuala Lumpur, menahan seorang lelaki dan dua wanita serta merampas alat pembaca kunci kereta.
- Tiga individu ditahan di Kampung Koh, Sitiawan pada 27 Oktober.
- Sindiket dikaitkan dengan lapan kes pencurian 4X4, empat di Perak dan empat di Kuala Lumpur.
- Suspek direman selama enam hari untuk siasatan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today 6 ditahan, sindiket judi ‘online’ sasar warga Australia tumpas
- Sinar Harian Sindiket curi 4X4 tumpas, dua wanita ditahan (this story)








