HANG TUAH JAYA - Tindakan merendah-rendahkan calon muda Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 menerusi serangan peribadi bukan pendekatan yang produktif, kata Adam Adli Abd Halim.Menurut Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka itu, tindakan sedemikian akan menjejaskan usaha menggalakkan lebih ramai anak muda menerajui kepimpinan politik."Kita mengambil maklum beberapa serangan diterima oleh beberapa orang calon muda yang menarik perhatian masyarakat termasuk serangan berbentuk peribadi, merendah-rendahkankan dan sebagainya."Ini kita ambil sebagai satu sikap yang sebenarnya tidak produktif terutama sekali dalam kita membangunkan, meyakinkan dan memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin dalam masyarakat," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini pada Sabtu.Adam Adli berkata, generasi muda mempunyai keupayaan untuk memimpin pada masa kini tanpa perlu menunggu sehingga mencapai usia tertentu."Tak perlu tunggu sampai mereka berusia baru mereka diberi peluang."Sebab itu kita harap pengundi terutama pengundi muda di luar sana boleh ambil masa untuk menilai apa yang ditawarkan terutama sekali calon muda yang kita tawarkan dalam pilihan raya kali ini," katanya lagi.Beliau berkata, PRN Melaka sepatutnya menjadi medan demokrasi yang memberi ruang kepada rakyat memilih kerajaan negeri berdasarkan pertimbangan masing-masing.Pada PRN kali ini, Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah yang mewakili Parti Amanah Negara (Amanah) muncul sebagai calon paling muda PH.Graduan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berusia 24 tahun itu diberi kepercayaan PH untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi.PRN Melaka kali ini turut menyaksikan dua calon berusia antara 18 hingga 29 tahun, manakala 14 calon lagi berusia antara 30 hingga 39 tahun.
'Tak perlu tunggu sampai mereka berusia' – Adam Adli tegur serangan terhadap calon muda

Key takeaways
Adam Adli menegur serangan peribadi terhadap calon muda PH dalam PRN Melaka, menyatakan tindakan itu tidak produktif.
- Serangan peribadi terhadap calon muda dianggap tidak produktif oleh Adam Adli.
- Generasi muda boleh memimpin tanpa perlu menunggu usia tertentu.
- PRN Melaka seharusnya menjadi medan demokrasi untuk pilihan rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PAS perlu umum calon PM sebelum PRU16, bukan tunggu menang
- Berita Harian Liverpool perlu tunggu 'nasib' Szoboszlai
- Free Malaysia Today 7 muka baharu PKR di Melaka perlu usaha keras yakinkan pengundi, kata Adam
- Sinar Harian 'Tak perlu tunggu sampai mereka berusia' – Adam Adli tegur serangan terhadap calon muda (this story)








