Melaka: Biarpun kehadiran hampir 1,000 penyokong mengiringinya ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Muhammad Ridzuan Mohd Sarif, enggan leka sebaliknya bertekad untuk berkempen habis-habisan bagi menterjemahkan sokongan itu kepada kemenangan.
Calon Perikatan Nasional (PN) dari PAS itu berkata, sambutan diterima pada hari penamaan calon itu amat dihargai dan berharap momentum berkenaan dapat dikekalkan sehingga hari pengundian.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana proses penamaan calon pagi ini berjalan lancar. Ini adalah langkah pertama dan kami akan berkempen sepenuhnya sepanjang dua minggu ini, Insya-Allah.
"Saya sangat bersyukur melihat sokongan begitu hebat diberikan dan berharap momentum ini berterusan sehingga hari pengundian.










