TANGGA BATU - Pengalaman dan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan akan dimanfaatkan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin untuk membantu penduduk kawasan itu.Azman yang juga setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, kedudukan Paya Rumput yang merupakan kawasan separa bandar memerlukan pendekatan bersesuaian dengan keperluan penduduk.Menurut beliau, perkara itu akan digunakan sebaiknya dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di DUN berkenaan."Dari segi geografi di Paya Rumput ini kawasannya separa bandar dan separuh lagi kampung."Apa yang boleh saya tawarkan khidmat saya, gunakan pengalaman berkhidmat dengan perdana menteri untuk memudahkan keperluan dan perkara yang diperlukan orang di Paya Rumput ini."Hubungan itu digunakan sebaiknya untuk pengundi," katanya ketika ditemui di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bagi DUN Paya Rumput di Stadium Hang Jebat di sini pada Sabtu.Mengulas lanjut mengenai penerimaan penduduk, Azman berkata, sambutan diterima adalah baik berikutan mereka lebih terbuka terhadap perubahan yang ingin dibawa.Dalam perkembangan sama, Azman berkata, PH akan memulakan kempen secara berhemah dengan mengetengahkan pencapaian dan perancangan yang akan dilaksanakan sekiranya diberi mandat.Tambahnya, setiap calon mempunyai kekuatan tersendiri dan beliau akan berusaha mendekati seramai mungkin penduduk bagi memperkenalkan tawaran yang dibawa."Semua calon ada kekuatan masing-masing. Saya cuba memberi pilihan yang terbaik kepada pengundi," katanya.Beliau berkata, manifesto PH bagi negeri Melaka dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat."Saya harap rakyat Melaka beri peluang kepada calon-calon PH kali ini untuk memenangi kerusi di negeri ini," katanya.DUN Paya Rumput menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Azman menentang calon Perikatan Nasional (PN), Rafie Ahmad dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) Abdul Rashid Abu Bakar.Sebelum ini, DUN Paya Rumput disandang Datuk Rais Yasin daripada Barisan Nasional (BN) yang kini bertanding di DUN Sungai Udang.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November sebagai hari mengundi, manakala undi awal dijadualkan pada 10 November ini.Seramai 687,697 pemilih layak mengundi pada PRN Melaka kali ini, membabitkan 675,166 pengundi biasa, 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis.
PRN Melaka: Azman manfaat hubungan dengan Kerajaan Persekutuan bantu penduduk Paya Rumput

Key takeaways
Azman Abidin akan manfaatkan hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan untuk bantu penduduk Paya Rumput.
- Azman, calon PH untuk DUN Paya Rumput, akan gunakan pengalaman berkhidmat dengan PM.
- Paya Rumput merupakan kawasan separa bandar dan separuh kampung.
- PH akan kempen secara berhemah dengan tawarkan pencapaian dan perancangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- NOOR AINON MOHAMED
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: Rauf anggap rundingan dengan MCA ‘positif’
- Free Malaysia Today MIPP tak tanding PRN Melaka selepas rundingan dengan PN gagal
- Sinar Harian PRN Melaka: Azman manfaat hubungan dengan Kerajaan Persekutuan bantu penduduk Paya Rumput (this story)








