KLANG – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya dipercayai terbabas di Jalan Kampung Jawa di sini pada Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 12.33 tengah hari itu, mangsa berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri selepas kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dipandunya terbabas ke bahu jalan.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Andalas digerakkan ke lokasi.Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi kejadian pada jam 12.42 tengah hari sejurus selepas panggilan diterima."Komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max yang terbabas ke bahu jalan."Terdapat seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas

Key takeaways
Seorang lelaki berumur 50-an meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda Isuzu D-Max terbabas di Jalan Kampung Jawa, Klang, pada jam 12.33. Kecemasan dipanggil dan bomba tiba pada jam 12.42.
- Kecemasan diterima jam 12.33, bomba tiba jam 12.42.
- Mangsa tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh KKM.
- Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Lelaki 62 tahun maut terkena roda rantai jentera
- Utusan Malaysia Tiga individu ditahan, disyaki curi lapan pacuan empat roda
- Sinar Harian Lelaki maut, pacuan empat roda terbabas (this story)








