SUNGAI PETANI – Keputusan Pakatan Harapan (PH) mengetengahkan beberapa calon muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan parti dengan memberi ruang kepada generasi baharu.Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, semua faktor juga diambil kira termasuk kemampuan dan potensi mereka untuk menjadi pemimpin.Menurutnya, golongan muda perlu diberikan peluang membuktikan kebolehan masing-masing terutama dalam membawa idea serta pendekatan baharu kepada masyarakat."Apabila kita bercakap mengenai anak muda, ia bukan hanya soal usia semata-mata, tetapi kebolehan kepimpinan mereka serta ruang dan peluang yang diberikan."Ini satu langkah yang sangat baik kerana kita mahu memastikan adanya kesinambungan kepimpinan dengan memberi peluang kepada anak muda untuk memimpin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) dan Hari Sukan Negara di Taman Komuniti Lebuh Arked di sini pad Sabtu.Pada PRN Melaka, PH menampilkan calon muda antaranya Muhammad Hakimin Mokhtar yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek, Farzana Hayani Mohd Nasir di (Klebang) dan Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah dari Amanah (Kuala Linggi).Muhammad Hakimin adalah Ketua AMK Melaka dan muka baharu bagi kerusi DUN Ayer Molek, manakala Farzana yang juga Ketua AMK Tangga Batu mempunyai pengalaman bertanding pada PRN Melaka 2021 apabila mewakili PH di DUN Sungai Rambai.Dr Mohammed Taufiq yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, langkah mengetengahkan calon muda itu merupakan perkembangan baik dalam landskap politik negara.Bagaimanapun, katanya, kepimpinan yang dipilih perlu mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik bagi memastikan pembangunan serta kesejahteraan rakyat Melaka terus diberi perhatian."Kita harap agar rakyat di negeri Melaka mampu untuk membuat pilihan yang bijak, pilihan yang tepat untuk memastikan kelangsungan kepimpinan itu dapat terus berjalan dengan baik."Kita inginkan Melaka lebih baik di bawah kepimpinan yang mampu melaksanakan tugas untuk rakyat," katanya.
PRN Melaka: PH beri ruang generasi baharu memimpin, pastikan kesinambungan kepimpinan – Taufiq Johari

Key takeaways
PH Melaka menonjolkan calon muda dalam PRN ke-16 untuk memastikan kesinambungan kepimpinan parti, menekankan kebolehan dan potensi mereka sebagai pemimpin masa depan.
- PH menampilkan calon muda seperti Muhammad Hakimin, Farzana Hayani dan Muhammad Mukhlisul Mubin dalam PRN Melaka.
- Calon muda dipilih berdasarkan kebolehan, potensi dan pengalaman dalam memimpin.
- Taufiq Johari menegaskan pentingnya memberi ruang kepada generasi baharu untuk memimpin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: PH beri ruang generasi baharu memimpin, pastikan kesinambungan kepimpinan – Taufiq Johari (this story)
- Malaysiakini (BM) PH pertaruh pencapaian ekonomi, isu rakyat dalam PRN Melaka









