STATUS sebagai pasukan bukan pilihan langsung tidak menggugat keyakinan Selangor FC apabila mereka bersedia mencabar Sabah FA dalam aksi final Liga Wanita Nasional (LWN) 2026 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Penolong ketua jurulatih Selangor, Felicia Adele Ng melihat label underdog itu sebagai motivasi tambahan buat anak buahnya untuk mencipta kejutan, meskipun mengakui Sabah memiliki kelebihan berdasarkan pencapaian semasa.

Felicia turut menyatakan rasa hormat terhadap kekuatan Sabah yang layak beraksi dalam Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL), namun menegaskan Selangor tetap hadir dengan misi untuk memberikan tentangan terbaik.

“Kami hormat Sabah kerana mereka layak ke AWCL. Kami pula adalah pasukan underdog dan kami selesa dengan status itu.