SHAH ALAM - Sebuah kediaman mewah di Seksyen U13 di sini yang dipercayai dijadikan pusat operasi judi dalam talian diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi khas pada Khamis.Operasi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya itu turut menahan lima warga Indonesia terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia antara 23 hingga 41 tahun.JIM dalam kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya."Kegiatan ini dipercayai dipromosikan menerusi aplikasi WhatsApp dan Telegram serta beroperasi selama 24 jam sehari secara dua syif sejak kira-kira setahun lalu," menurut kenyataan itu pada Sabtu.Dalam operasi berkenaan, pihak imigresen turut menyita enam set monitor, 12 telefon bimbit, dua unit penghala (router) serta kunci premis bagi membantu siasatan."Kesemua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah untuk berada di negara ini."JIM akan terus mempergiat tindakan penguatkuasaan secara berterusan bagi memastikan pematuhan undang-undang imigresen serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam," katanya.
Rumah mewah jadi pusat judi dalam talian, lima warga Indonesia ditahan

Key takeaways
Sebuah rumah mewah di Shah Alam diserbu kerana disyaki dijadikan pusat judi dalam talian, lima warga Indonesia ditahan.
- Serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam dan risikan JIM.
- Judi dalam talian dijalankan melalui WhatsApp dan Telegram selama setahun.
- Lima warga Indonesia ditahan kerana tidak memiliki permit yang sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Rumah mewah jadi pusat judi dalam talian, lima warga Indonesia ditahan (this story)









