KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menolak penggunaan kempen hitam atau 'black PR' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sebaliknya mahu meraih sokongan pengundi berdasarkan kekuatan, rekod perkhidmatan dan tawaran calon sendiri.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kempen BN perlu berteraskan calon, rekod perkhidmatan, manifesto serta tawaran penyelesaian kepada rakyat, bukannya usaha menjatuhkan pihak lain.

Justeru, beliau menggesa jentera penerangan di semua peringkat memainkan peranan aktif menyebarkan mesej dan kandungan calon BN bagi memastikan maklumat mengenai tawaran serta perancangan mereka sampai kepada lebih ramai pengundi.

"Kita mahu mendapatkan mandat berdasarkan kekuatan sendiri, bukan dengan menjatuhkan pihak lain. Rakyat Melaka berhak membuat pilihan berdasarkan fakta, bukan fitnah atau sentimen kebencian.