KUCHING: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari kapal ketika melakukan kerja baik pulih bot tunda di Tanjung Manis di sini, Khamis lalu, ditemui lemas hari ini.
Mayat Mohd Yusuf Lingir Abdullah, 51, ditemui jam 3.20 petang oleh orang awam bersama pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Sungai Rajang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebelum dilaporkan hilang, mangsa yang berasal dari Kampung Koran Empaneg, Serian, dikatakan sedang melakukan kerja membaik pulih bot tunda di kawasan limbungan berkenaan.
"Keadaan air sungai ketika mangsa dipercayai terjatuh dilaporkan sedang surut dengan aliran agak deras.










