Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM1.465 juta bagi pembangunan infrastruktur, kemudahan awam serta pendidikan menerusi Program Kampung dan Sekolah Angkat MADANI, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2026.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, peruntukkan itu memberi manfaat kepada penduduk Kampung Kota Baharu, Kampar dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim Nawar di Perak.

Katanya, pelaksanaan program itu sejak April lalu turut membuktikan bahawa kerjasama strategik antara agensi kerajaan mampu menterjemahkan hasil yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat.

"Pada April lalu, kita hadir membawa pelan tindakan melalui peruntukan sebanyak RM500,000 untuk kampung dan RM100,000 untuk sekolah angkat MADANI kita.