NAIROBI: Misi politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Somalia secara rasmi berakhir hari ini selepas melalui tempoh peralihan selama dua tahun, sekali gus menutup lembaran operasi pembinaan keamanan badan dunia itu di negara Afrika Timur berkenaan selama lebih tiga dekad.

Misi Bantuan Peralihan PBB di Somalia (UNTMIS) bermula sebagai Pejabat Politik PBB untuk Somalia (UNPOS) pada 1995 sebelum Majlis Keselamatan PBB menubuhkan Misi Bantuan PBB di Somalia (UNSOM) pada 2013.

UNSOM ditubuhkan bagi menyokong pihak berkuasa Somalia dalam usaha peralihan ke arah demokrasi dan kedaulatan undang-undang selepas lebih dua dekad konflik membabitkan kumpulan militia, kumpulan Islamis dan geng jenayah.