Paris: Bintang berbasikal Slovenia, Tadej Pogacar mengakui bersyukur masih bernyawa selepas nahas ketika perlumbaan Vuelta a Espana menamatkan musimnya, dengan pemeriksaan susulan mendedahkan dia sebenarnya mengalami tiga keretakan tulang belakang.
Juara Tour de France lima kali itu pada awalnya disahkan mengalami keretakan tulang leher dan tulang selangka, namun imbasan tomografi berkomputer (CT) di negara kelahirannya kemudian mengesan dua lagi kecederaan pada vertebra T1 dan T2.
"Sebenarnya ada cerita menarik. Dua minggu lalu, saya berada di Slovenia dan menjalani satu lagi imbasan CT. Saya tahu mengalami keretakan C7, tetapi kemudian kami mendapati dua lagi tulang belakang saya patah, iaitu T1 dan T2.










