Kuala Lumpur: Status bukan pilihan tidak sedikit pun mematahkan semangat Selangor FC apabila mereka memasang tekad untuk mencipta kejutan dengan menumbangkan Sabah FA pada final Liga Wanita Nasional (LWN) 2026 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam esok.

Malah, penolong ketua jurulatih Selangor, Felicia Adele Ng percaya peluang untuk mencipta kejutan tetap terbuka, meskipun mengakui Sabah memiliki kelebihan berdasarkan pencapaian pasukan itu yang turut melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Wanita Asia (AWCL).

Menurutnya, Selangor tidak berdepan masalah menerima hakikat sebagai pasukan underdog, sebaliknya mahu menggunakan kedudukan itu sebagai dorongan untuk memberikan saingan sengit kepada lawan.