KOTA BHARU – Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM6.62 juta bagi membaik pulih infrastruktur asas membabitkan 42 institusi pendidikan Islam di Kelantan tahun ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu adalah tambahan kepada RM700,000 yang diumumkan pada 18 April lalu bagi tujuh institusi pendidikan Islam."Pada tahun 2025, saya sudah meluluskan RM9.36 juta bagi menaik taraf prasarana 23 institusi pendidikan Islam di Kelantan."Pada tahun ini, saya meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM6.62 juta untuk baik pulih infrastruktur asas di 42 institusi pendidikan Islam di seluruh Negeri Kelantan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi di sini pada Sabtu.Menurut Anwar, keseluruhan peruntukan bagi membaik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam di negeri itu pada tahun ini adalah sebanyak RM7.32 juta membabitkan 48 institusi.Dalam pada itu, katanya, perhatian turut diberikan kepada peningkatan perkhidmatan kesihatan melalui penyediaan teknologi pembedahan robotik di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian bagi memperluas akses rawatan kepakaran kepada rakyat Pantai Timur.
RM6.62 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan

Key takeaways
Kerajaan meluluskan RM6.62 juta untuk baik pulih 42 institusi pendidikan Islam di Kelantan.
- Peruntukan tambahan RM6.62 juta digunakan untuk membaik pulih infrastruktur asas institusi pendidikan Islam.
- Keseluruhan peruntukan untuk tahun ini adalah RM7.32 juta bagi 48 institusi.
- PM Anwar juga meluluskan RM9.36 juta pada 2025 untuk 23 institusi pendidikan Islam di Kelantan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Sekolah, institusi pendidikan Johor tutup 5 hari lagi
- Utusan Malaysia Semua institusi pendidikan KL beroperasi seperti biasa esok
- Sinar Harian RM6.62 juta baik pulih 42 institusi pendidikan Islam Kelantan (this story)









