PM Anwar Ibrahim berkata, langkah jadikan masjid sebagai pangkalan sedia kemudahan rawatan dialisis berupaya perluas fungsi rumah ibadat itu, selain pastikan akses perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat. (Gambar Facebook)KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan RM2.5 juta bagi menyediakan kemudahan rawatan dialisis di beberapa masjid terpilih di Kelantan menerusi kerjasama dengan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan syarikat Radicare, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan memudahkan pesakit buah pinggang, khususnya penduduk luar bandar, yang terpaksa menempuh perjalanan jauh untuk mendapatkan rawatan.

Anwar berkata, langkah menjadikan masjid sebagai pangkalan penyediaan kemudahan itu berupaya memperluas fungsi rumah ibadat berkenaan dan memastikan akses perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat setempat.