London: Bekas pertahanan Liverpool yang kini bertugas sebagai pengulas televisyen, Jamie Carragher memohon maaf kepada Aston Villa dan penyokongnya, hari ini.
Ia selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung kenyataannya mengenai pasukan dan peminat kelab berkenaan dalam satu podcast.
Tindakan Villa itu susulan komen Carragher dalam podcast 'Stick to Football', apabila dia menyuruh penyokong Villa supaya 'menutup mulut' dengan kata-kata kesat, selain berkata: "Aston Villa tidak akan menjadi Manchester United."
Dia turut mengulas spekulasi yang mengaitkan pengurus Villa, Unai Emery, dengan kemungkinan berpindah ke Manchester United sekiranya peluang itu muncul.









