LONDON: Rekod tanpa kemenangan Manchester United berlanjutan kepada sembilan perlawanan selepas tewas 0-2 kepada Chelsea, manakala Manchester City turut mengalami mimpi ngeri apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas 0-1 di laman sendiri kepada Brighton & Hove Albion, sebentar tadi.
United mempamerkan aksi lebih baik sebelum rehat di Stamford Bridge tetapi kegagalan menyudahkan peluang menyebabkan mereka dihukum apabila jaringan Morgan Rogers dan sepakan penalti Cole Palmer pada separuh masa kedua menambah tekanan terhadap pengurusnya, Michael Carrick.
Permulaan buruk babak kedua buat skuad kendalian Carrick itu bertambah parah apabila pertahanan Lisandro Martinez dilayangkan kad merah selepas melakukan kesalahan yang membawa kepada sepakan penalti, sebelum Palmer menyempurnakannya pada minit ke-64.









