LONDON: Michael Carrick menjangkakan beliau akan terus mengendalikan Manchester United bagi aksi Liga Juara-Juara menentang Roma, Rabu ini meskipun pasukannya tewas 0-2 kepada Chelsea, sekali gus memanjangkan rekod tanpa kemenangan kelab itu kepada sembilan perlawanan.

Carrick sebelum ini diberi peluang untuk terus mengendalikan pasukan oleh pengurusan tertinggi United selepas kekalahan 0-3 di laman sendiri kepada Bournemouth minggu lalu, ketika ramai menjangkakan bekas pemain tengah England itu bakal dipecat.

United mempamerkan peningkatan ketara pada separuh masa pertama di Stamford Bridge tetapi kegagalan menyempurnakan peluang menyaksikan mereka mensia-siakan beberapa kesempatan untuk mendahului perlawanan.