MICHAEL Carrick sukar menyembunyikan emosinya selepas Manchester United dibelasah 0-3 oleh Bournemouth di Old Trafford pada Ahad ketika tekanan terhadap kedudukannya sebagai pengendali semakin memuncak.Pengendali berusia 45 tahun itu kelihatan sebak ketika ditanya mengenai sokongan penyokong selepas kekalahan yang menyaksikan United terus bergelut mencari kemenangan.Carrick mengakui perasaan bercampur-baur menyelubunginya selepas melalui hari yang sukar ketika penyokong masih melaungkan namanya walaupun pasukan gagal memberikan persembahan yang diharapkan."Untuk berada dalam situasi yang sukar dan melalui hari seperti ini, serta tempoh yang kami lalui sekarang memang sukar untuk diterima. Jadi, memang ada pelbagai emosi yang bercampur-baur," katanya.Kekalahan itu menambah tekanan terhadap Carrick apabila United gagal menyaingi permainan Bournemouth yang menjaringkan gol menerusi Rayan pada minit ke-38, Marcus Tavernier (43) dan Evanilson (71).Lebih meresahkan, penyokong tuan rumah mula meninggalkan stadium sebelum wisel penamat, manakala sorakan yang menyokong Carrick bertukar menjadi boo terhadap pemain selepas perlawanan.Bagaimanapun, Carrick menafikan tindakannya menyambut penyokong selepas perlawanan sebagai tanda perpisahan."Tidak, bagi saya itu bukan perpisahan. Ia sekadar penghargaan kepada penyokong dan sokongan yang mereka tunjukkan," katanya.Ditanya mengenai masa depannya, Carrick tidak memberikan jaminan akan terus mengendalikan pasukan dalam perlawanan seterusnya, sebaliknya berkata beliau akan meneruskan tugas seperti biasa."Saya faham sepenuhnya keadaan sekarang. Saya tidak menjangkakan apa-apa secara khusus. Saya akan meneruskan tugas seperti biasa dan saya menyayangi kelab ini," katanya.United kini mengumpul tujuh mata selepas lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris, hanya satu mata di atas zon penyingkiran, sekali gus meletakkan masa depan Carrick dalam keadaan tidak menentu.
Carrick hampir menitiskan air mata selepas United dibelasah

Key takeaways
Michael Carrick terasa emosional selepas Manchester United kalah 0-3 daripada Bournemouth di Old Trafford.
- Carrick mengakui tekanan dan emosi bercampur selepas kekalahan United.
- Penyokong United mula meninggalkan stadium sebelum perlawanan tamat.
- Carrick menafikan tindakannya menyambut penyokong sebagai tanda perpisahan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Carrick kian tertekan, United buru kebangkitan
- Berita Harian United sudah lupakan insiden Martinez - Carrick
- Harian Metro Carrick dakwa komen Martinez satukan skuad United
- Berita Harian Carrick yakin United kembali bangkit
- Harian Metro Carrick enggan mengalah, yakin United akan bangkit
- Sinar Harian Carrick hampir menitiskan air mata selepas United dibelasah (this story)









