KANGAR – Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini hari ini untuk bercuti bersama tiga anak berusia 15 hingga 19 tahun dan suami selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak kesampaian.

Suami Allahyarham, Sabry Saad, 52, berkata, isterinya yang berusia 50 tahun tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara, selain bergurau dan berbual seperti biasa semalam.

“Cuma kebelakangan ini Allahyarham kerap berbual dengan anak kedua kami berusia 18 tahun yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menerusi panggilan telefon serta anak-anak (anak sulung dan anak ketiga) yang ada di Perlis,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik HTF hari