KANGAR: Hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad untuk bercuti bersama anak-anak dan keluarga tidak kesampaian apabila menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, petang tadi.

Menurut suaminya, Sabry Saad, 52, pemergian isterinya itu cukup mengejutkan memandangkan Allahyarhamah sebelum itu masih sihat dan bergurau seperti biasa.

Katanya, sebelum ini, Allahyarhamah menyatakan hasrat untuk bercuti bersama anak-anak selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November ini.

“Isteri saya sememangnya mengalami penat sejak beberapa hari ini namun tidak begitu membimbangkan.