KANGAR: Allahyarham Wan Badariah Wan Saad, 50, dikatakan teruja merancang untuk bercuti bersama keluarga selepas selesai sesi persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.
Bagaimanapun, hasrat beliau tidak kesampaian apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, petang tadi.
Suami Allahyarham, Sabry Saad, 53, berkata isterinya yang menghidap penyakit tiroid kelihatan sihat dan sempat bergurau seperti biasa semalam.
Keadaan kesihatan Wan Badariah bagaimanapun mula merosot dan serius sekitar jam 9 pagi tadi selepas mengadu kepenatan sejak beberapa hari lalu.








