London: Aston Villa bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengulas bola sepak, Jamie Carragher selepas menganggap bekas pertahanan Liverpool itu mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan yang tidak boleh diterima terhadap kelab dan penyokong mereka.
Tindakan Villa itu susulan komen Carragher dalam podcast 'Stick to Football', apabila beliau memberitahu penyokong Villa supaya 'menutup mulut' selain berkata: "Aston Villa tidak akan menjadi Manchester United".
Beliau turut mengulas spekulasi yang mengaitkan pengurus Villa, Unai Emery dengan kemungkinan berpindah ke Manchester United sekiranya peluang itu muncul.
"Aston Villa akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Jamie Carragher berikutan penghinaan tidak boleh diterima terhadap kelab dan penyokong kami," kata Pengerusi Villa, Nassef Sawiris.







