JAMIE Carragher menggesa Manchester United menamatkan khidmat Michael Carrick dengan segera selepas kekalahan 0-3 kepada Bournemouth di Old Trafford pada Ahad sambil menyifatkan suasana bilik persalinan kelab itu sebagai semakin membimbangkan.Bekas pertahanan Liverpool itu berpendapat United perlu membuat keputusan tegas terhadap kedudukan Carrick susulan prestasi hambar yang berpanjangan, selain ketegangan melibatkan pengendali berkenaan dan kapten pasukan, Bruno Fernandes."Manchester United perlu membuat keputusan segera. Carrick perlu dilepaskan daripada tugasnya malam serta-merta bukan sahaja demi kebaikan Manchester United tetapi juga untuk dirinya sendiri," katanya ketika mengulas perlawanan menerusi Sky Sports.Carragher turut menggunakan perkataan 'beracun' bagi menggambarkan keadaan bilik persalinan United ketika hubungan antara pemain dan pengendali itu menjadi perhatian susulan keputusan Carrick tidak menurunkan Fernandes dalam perlawanan berkenaan.Kapten Portugal itu sebelum ini mengkritik pendekatan taktikal Carrick selepas United dibelasah 1-4 oleh Como dalam saingan Liga Juara-Juara, sekali gus menambah tekanan terhadap pengendali yang sebelum ini membawa kelab itu kembali ke pentas Eropah.Carragher mempersoalkan bagaimana keadaan di pusat latihan United selepas keputusan Carrick mengekalkan Fernandes di bangku simpanan sepanjang perlawanan menentang Bournemouth."Bolehkah anda bayangkan keadaan apabila mereka kembali ke pusat latihan esok, dengan Bruno Fernandes selepas Carrick tidak memasukkannya ke dalam permainan? Bilik persalinan itu benar-benar bermasalah," katanya.Kekalahan kepada Bournemouth menyaksikan United meneruskan rekod tanpa kemenangan kepada lapan perlawanan dalam semua pertandingan, sekali gus menambah tekanan terhadap Carrick yang mengambil alih pasukan selepas pemergian Ruben Amorim.United kini hanya mengumpul tujuh mata selepas lapan perlawanan, meletakkan mereka di tangga ke-16 dan hanya satu mata di atas zon penyingkiran.Carrick sebelum ini membantu United menamatkan musim lalu di tempat ketiga liga dan layak ke Liga Juara-Juara, namun kemerosotan prestasi pada kempen baharu menimbulkan persoalan mengenai keupayaannya mengekalkan momentum itu.
Carragher mahu Carrick dipecat

Key takeaways
Jamie Carragher menyeru Manchester United memecat Michael Carrick selepas kekalahan kepada Bournemouth, menyebut suasana bilik persalinan kelab itu membimbangkan.
- Carragher menuntut Carrick segera dipecat demi kebaikan United dan dirinya sendiri.
- Bruno Fernandes mengkritik pendekatan taktikal Carrick selepas kekalahan kepada Como.
- Carragher menyifatkan suasana bilik persalinan United sebagai 'beracun' akibat ketegangan antara pemain dan pengendali.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Howe tawar diri jika Carrick dipecat
- Utusan Malaysia Carrick berisiko dipecat?
- Sinar Harian Carragher mahu Carrick dipecat (this story)









