KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan berjumlah RM250 juta kepada Kelantan sebagai bantuan untuk menyiapkan Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral).

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat 2026 di Masjid Jamek Muhammadi di sini sebentar tadi.

Anwar berkata, surat pemakluman kelulusan peruntukan tersrbut juga telah disampaikan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

“Jadi saya luluskan (peruntukan penyiapan KB Sentral). Baru saya hantar surat kepada Menteri Besar kerana kita bukan hanya perlu mengindahkan lapangan terban