PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia terus memperkukuh hubungan strategik bersama pengamal media menerusi penganjuran Program Jalinan Mesra Boling bersama Kelab Media Putrajaya (KMP), di sini hari ini.
Program yang julung kali dianjurkan itu menghimpunkan lebih 95 peserta melibatkan warga SEDA Malaysia bersama pengamal media dalam usaha mengeratkan hubungan serta memupuk kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.
Ketua Pegawai Operasi SEDA Malaysia, Koh Keng Sen berkata, program berkenaan turut menjadi tanda penghargaan kepada media tempatan yang sentiasa memberikan sokongan berterusan, khususnya dalam menyampaikan maklumat dan berita yang p










