LONDON: Tekanan terhadap pengurus Manchester United, Michael Carrick semakin memuncak selepas pasukannya menamatkan perlawanan dengan 10 pemain ketika tewas 0-2 kepada Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan United mengharungi perlawanan kesembilan berturut-turut tanpa kemenangan dalam semua pertandingan.
Pengurusan United memutuskan untuk terus mengekalkan Carrick bagi menghadapi perlawanan menentang Chelsea meskipun pasukan itu tewas 0-3 di laman sendiri kepada Bournemouth minggu lalu, selepas dibelasah Como 1-4 dalam saingan Liga Juara-Juara.
Namun, United sekali lagi mengalami kekalahan menerusi jaringan Morgan Rogers dan Cole Palmer.










