DI utara Kelantan, Pengkalan Kubor bukan sekadar sebuah pekan sempadan, lokasinya yang dipisahkan oleh Sungai Golok dari Tak Bai, Narathiwat, Thailand menjadikan kawasan itu antara pintu masuk penting yang menghubungkan dua negara berjiran sejak puluhan tahun lalu.Bagi ribuan penduduk yang berulang-alik setiap hari, sama ada untuk bekerja, berniaga, melawat keluarga mahupun menjalankan urusan rasmi, perkhidmatan feri merupakan nadi pengangkutan yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan mereka.Di sebalik kelancaran operasi itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CSFJ) memainkan peranan penting memastikan perkhidmatan rentas sempadan ini terus beroperasi dengan selamat, cekap dan berdaya harap.Kini, legasi tersebut diteruskan menerusi pengoperasian Feri Sri Tanjong 1, sebuah feri moden yang menggantikan Feri Sri Tanjong selepas lebih tiga dekad berjasa.Kehadirannya bukan sahaja memperbaharui aset pengangkutan negara, malah menjadi simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand serta menyokong pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.Sejarah perkhidmatan feri Pengkalan Kubor bermula hasil keputusan Jawatankuasa Pembangunan Sosioekonomi Bersama Malaysia Thailand (SEDEC) pada 11 Disember 1982 yang bersetuju supaya kedua-dua kerajaan menyediakan sebuah feri dengan spesifikasi yang sama bagi memudahkan pergerakan rentas sempadan.Susulan persetujuan itu, Malaysia membina Feri Sri Tanjong di Pulau Pinang sebelum mula beroperasi pada 1 April 1990. Feri berkenaan kemudiannya dirasmikan pada 16 Ogos 1990 bersempena pembukaan Kompleks Imigresen, Feri dan Rumah Api Malaysia-Thailand, manakala Thailand mengendalikan feri Taba I.Sejak hari pertama beroperasi, Feri Sri Tanjong menjadi penghubung utama antara Pengkalan Kubor dan Tak Bai dengan jarak pelayaran kira-kira 400 meter.Walaupun perjalanan mengambil masa hanya beberapa minit, impaknya amat besar kerana ia memudahkan urusan perdagangan, pelancongan, pendidikan dan sosial masyarakat di kedua-dua negara.Operasi feri ini dilaksanakan berlandaskan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Thailand yang menggariskan pelbagai aspek termasuk waktu operasi, pengurusan hasil kutipan tambang serta mekanisme kerjasama sekiranya berlaku gangguan teknikal.Pendekatan itu memastikan perkhidmatan kepada pengguna tidak terjejas, sekiranya salah sebuah feri mengalami kerosakan, feri negara jiran akan terus beroperasi sementara kerja pembaikan dilaksanakan oleh pemilik aset berkenaan.Bagi JKR, pengurusan feri bukan sekadar mengendalikan operasi harian, ia turut melibatkan penyelenggaraan aset, pematuhan piawaian keselamatan maritim, pengurusan kewangan, pentadbiran dan sumber manusia yang diselaraskan oleh pasukan berpengalaman.Anak kapal yang mengendalikan feri pula memiliki Perakuan Kekompetenan (Certificate of Competency) yang diiktiraf Jabatan Laut Malaysia, sekali gus memastikan setiap pelayaran memenuhi standard keselamatan antarabangsa.Keselamatan sen
Feri Sri Tanjong 1: Legasi JKR perkukuh hubungan Malaysia-Thailand

Key takeaways
Feri Sri Tanjong 1 menggantikan feri lama dan memperkukuh hubungan Malaysia-Thailand serta pembangunan ekonomi sempadan.
- Feri Sri Tanjong 1 merupakan feri moden yang menggantikan feri lama selepas lebih tiga dekad.
- JKR memastikan operasi feri berjalan selamat dan cekap sejak puluhan tahun lalu.
- Sejarah feri bermula dari persetujuan SEDEC pada 1982 untuk memudahkan pergerakan antara dua negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORSHAHZURA MAT ZUKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Malaysia-Mesir perkukuh hubungan, perluas kerjasama
- Utusan Malaysia Malaysia-Mesir perkukuh hubungan, perluas kerjasama ekonomi
- Utusan Malaysia Malaysia-Mesir perkukuh hubungan, kerjasama ekonomi
- Sinar Harian Feri Sri Tanjong 1: Legasi JKR perkukuh hubungan Malaysia-Thailand (this story)








