MELAKA – Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan warisan, seni dan tradisi enam negara menerusi Festival Pertukaran Budaya: Meraikan Warisan Silang Budaya 2026 yang berlangsung di Muzium Istana Kesultanan Melaka selama dua hari bermula hari ini hingga esok.

Festival yang berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 10 malam itu menghimpunkan penyertaan Malaysia, Brunei Darussalam, China, Indonesia, Singapura dan Thailand bagi mengetengahkan kepelbagaian warisan budaya masyarakat serantau.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung termasuk pameran pertukaran budaya, persembahan kebudayaan, perarakan warisan, pertan