PETALING JAYA – Pengguna media sosial kecoh apabila tular rakaman memaparkan beberapa kereta peronda polis dengan lampu amaran biru menyala di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX), dipercayai terlibat dalam satu kejadian mengejar sebuah van petang tadi.

Kejadian itu menarik perhatian pengguna Threads selepas beberapa individu berkongsi rakaman dan mempersoalkan apa yang sebenarnya berlaku di lebuh raya berkenaan.

Pengguna Threads @piahdnan mendakwa kejadian itu berlaku sekitar pukul 6.35 petang tadi ketika kenderaan polis dilihat mengejar sebuah van.

“Kejadian di Lebuh Raya MEX. Main kejar-kejar pula. 6.35 petang,” tulisnya.