KLUANG: Polis negeri ini sedang menyiasat kejadian penggodaman sistem skrin paparan LED milik Majlis Perbandaran Kluang (MPK) selepas ia dikesan memaparkan kandungan berunsur lucah, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, hari ini.
Menurut beliau, pengadu dimaklumkan oleh kakitangannya bahawa sebanyak lapan buah skrin LED yang diletakkan di sekitar kawasan bandar Kluang telah digodam pihak tidak bertanggungjawab.
“Pengadu kemudiannya menerima beberapa mesej WhatsApp yang memaparkan rakaman tangkap layar serta video menunjukkan paparan kandungan berunsur lucah pada skrin-skrin LED terbabit.










