Kluang: Polis membuka dua kertas siasatan susulan laporan berhubung kes pencerobohan sistem paparan diod pemancar cahaya (LED) di sini, yang menyebabkan video lucah dipaparkan pada skrin terbabit, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun, hari ini.
"Laporan itu antara lain berkaitan sistem skrin LED yang memaparkan kandungan berunsur lucah.
"Hasil siasatan awal mendapati pengadu dimaklumkan kakitangannya bahawa lapan skrin yang dipasang di sekitar Kluang digodam semalam.









