Kuching: Sarawak akan meningkatkan pengambilan pelajar baharu bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), daripada 40 kepada 80 orang.
Ia bertujuan melahirkan lebih ramai doktor tempatan, sekali gus menangani kekurangan tenaga perubatan di negeri itu.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, langkah itu antara usaha jangka panjang kerajaan negeri mengatasi kekurangan lebih 1,000 doktor.
Beliau berkata, keputusan menambah pengambilan berkenaan dibincangkan bersama Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Ahmad Hata Rasit semalam, sebagai usaha memperkukuh kapasiti pengeluaran doktor tempatan.









