Kuala Lumpur: Biarpun beberapa pemainnya turut memperkuatkan pasukan lain, pasukan Puterass atau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putera yang juga Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kelantan tetap optimis mampu memberi saingan sengit pada Liga Takraw Nasional Mekdi 2026 Zon Timur pada 20 dan 21 November ini.

Jurulatihnya, Suhairi Nordin berkata, kualiti pemain yang dimiliki ketika ini masih mampu membantu pasukan mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok empat terbaik, sekali gus melayakkan diri ke Grand Final.

Menurutnya, skuad itu bakal dibarisi pemain berkualiti berusia 15 dan 16 tahun, termasuk beberapa pemain yang pernah beraksi pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

"Walaupun ada beberapa pemain kami beraksi dengan pasukan lain, kami tetap mempunyai pemain berkualiti untuk memberi saingan.