GEORGE TOWN : Kandungan tempatan atau ‘local content’ perlu diberi keutamaan dalam perolehan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat multinasional (MNC), kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.
Menurut beliau, langkah itu secara tidak langsung akan membuka peluang kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk turut sama menikmati manfaat daripada pelaburan serta pembangunan rantaian bekalan domestik.
“Aspek kandungan tempatan harus diambil kira ketika ini kerana kita mahu FDI (Pelaburan Langsung Asing) yang masuk turut memberi manfaat kepada mereka (PMKS),” katanya ketika sesi forum sempena Seminar Percukaian mengenai Belanjawan 2027 di sini, petang tadi.








