KUALA LUMPUR: Ni Hsin Group Bhd tidak tahu menahu sebarang khabar angin atau laporan berhubung perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan mendadak harga sahamnya serta jumlah dagangan yang tinggi.
Syarikat itu memaklum perkara tersebut susulan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia Securities Bhd awal hari ini.
Pengeluar produk keluli tahan karat itu memaklumkan bahawa ia telah menjual lima juta saham biasa pada 26 Oktober 2026.
"Walaupun lembaga pengarah tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada penjualan tersebut menyumbang kepada aktiviti dagangan baru-baru ini, ia mungkin telah memberi kesan terhadap jumlah dagangan dan/atau harga saham sekuriti syarikat ," menurut syarikat itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia.








