KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Mi Technovation Bhd, Ohima International Pte Ltd memeterai perjanjian jual beli bersyarat untuk membeli sebuah bangunan perindustrian ringan tujuh tingkat yang terletak di New Industrial Road, iaitu KHL Building di Singapura.
Pembelian itu pada harga S$103.88 juta (RM331.80 juta) secara tunai.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kumpulan teknologi semikonduktor itu menjelaskan cadangan pembelian berkenaan bertujuan menyokong peluasan operasi unit perniagaan teknologi kenderaannya (VTBU).
Selain itu, ia bertujuan mewujudkan kemudahan ibu pejabat yang lebih besar di Singapura untuk berfungsi sebagai hab operasi globalnya.








